RegisterLog In

POTONGAN GAJI

reaxtern
Member
Fri, 17 Oct 2014 01:33:27 PM  (Last updated: Fri, 17 Oct 2014 02:35:47 PM)

kepada tuan / puan yang sedia membantu,

Saya dari pihak majikan ingin mendapat nasihat dari pihak tuan / puan untuk perkara dibawah:-

Syarikat saya ada membekalkan meal untuk staff yang kos RM4.00 setiap meal. Dan syarikat dapati kami kena tanggung kos tersebut bila pekerja tak datang kerja dan tak hubungi penyelia.

Oleh itu, kami ingin memotong gaji pekerja untuk setiap hari yang dia tak datang kerja dan tak hubungi pihak kami sebagai satu penalti.

Bolehkah kami membuat demikian? Apakah procedure yang kami kena buat supaya syarikat diberi hak atau dibenarkan untuk menolak gaji untuk perkara ini.

KL Siew
Administrator
Fri, 17 Oct 2014 02:35:47 PM

Pada pendapat saya, pengamalan seperti itu amatlah tidak practical. Berikan elaun makan sebanyak RM4 adalah lebih senang. Jika ada banyak pekerja, tubohkan sebuah kantin. Jika potong gaji seperti dicadangkan, berbagai sengketa boleh timbul: makan tak sedap lah, kotok lah, tak cukup makanlah, macam macam. Jika mahu potong gaji, anda boleh mendapakan garipanduan dari  seksen 24 Akta Pekerjaan.  

Padangan ialah, lebih baik, jangan memlaksanakan apa yang dicadangkan itu. Potongan itu pasti tidak mengikut undang undang, anda boelh tanya Jabatan Buruh.

Related Topics

  This topic is closed